Isnin, 8 Julai 2013

Perempuan Tidak Wajib Pakai Tudung tapi WAJIB TUTUP AURAT!

" Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, tutuplah aurat walaupun dalam keadaan terpaksa, kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat terpaksa.  Perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH.  Untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu?  Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi sebaliknya mesti dicari." - Ustaz Azhar Idrus

Apa yang saya ingin katakan di sini, walau dalam keadaan seperti mana sekalipun, kita hendaklah menutup aurat walaupun terpaksa.  Sesetengah orang selalu mengatakan "tidak semestinya perempuan bertudung itu baik dan tidak semestinya perempuan tidak bertudung itu tidak baik,", memang tidak dapat dinafikan kadangkala itu betul tetapi jika difikirkan balik, sekurang-kurangya yang bertudung itu menunaikan kewajipannya tetapi yang tidak bertudung itu sudah terang-terang dia tidak menunaikan perintah Allah SWT.  Menutup aurat adalah WAJIB.  Apabila dikatakan WAJIB, kita mesti ikut, atau sebaliknya, kita berdosa.  Sungguhpun begitu, jangan salah tafsir dengan perkataan MENUTUP AURAT kerana apa yang saya lihat pada masa kini, kebanyakan golongan wanita dan lelaki hanya MEMBALUT AURAT.  Dan yang sangat menyedihkan, bagi sesetengah kaum wanita memakai tudung kerana mengikut trend dan tudung yang dipakai tidak memenuhi syarak seperti tidak menutup dada, menampakkan rambut dan menonjolkan sanggul.  Apa yang mereka tidak tahu adalah sanggul wanita itu tegahan daripada hadith Nabi SAW.






 Jadi, walaupun kita terpaksa menutup aurat pada mulanya, apa salahnya jika kita menutup betul-betul.  Mungkin pada mulanya tidak ikhlas kerana Allah SWT tapi lama-kelamaan kita akan dapat merasa kemanisan nya dan ikhlas kerana Allah SWT.  Kepada kaum lelaki pula, bersukanlah semahu anda tetapi aurat jangan diketepikan.  Dunia kian musnah, adakah kita mahu sia-siakan tempoh yang diberikan Allah untuk kita bertaubat dan memulakan hidup baru?  Sudah semestinya kita akan gunakan peluang ini sebaiknya kan? Sebelum saya mengakhiri artikel ini, ingatlah setiap apa yang dituntut itu pasti ada kebaikan nya kepada kita. Assalamualaikum.

Terkini tentang Dr Muhammad Morsi !

Terkini tentang Dr Muhammad Morsi !

1-Presiden Morsi dalam keadaan baik dan sihat.
2-Beliau menyampaikan pesanan supaya tidak putus asa dan akan ke kerusi Presiden semula.
3- Tentera khas penjaga Presiden tidak akan mengiktiraf presiden selain Presiden Dr Muhammad Morsi.
4- Tentera khas Penjaga Presiden telah menangkap lebih 30 orang polis yang dihantar untuk menangkap Dr Muhammad Mursi.
5- Tentera suruhan Menteri Pertahanan As-Sisi mengancam untuk menggempur tempat jagaan Presiden dan membunuh semua penjaga Presiden.
6- Presiden tidak akan diberikan kepada penunjuk perasaan dikhuatiri ancaman tembakan oleh helikopter Apache yang berlegar di luar bangunan.
7- Sebanyak 7 buah negara telah memutuskan hubungannya dengan Mesir atas tindakan rampasan kuasa oleh tentera ketika ini.
8- Rejimen tentera Lapangan kedua dilaporkan akan memberi kenyataan bahawa mereka mereka bersama ketua angkatan tentera yang sah Dr Muhmmad Morsi.
9- Beberapa kumpulan tentera dalam barisan askar juga dilaporkan akan buat yang serupa.

Sumber ;
غزة الأن

Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini

=>https://www.facebook.com/pages/Update-Mengenai-Mesir-Dan-Morsi-Disini/346566132143168